Isnin, 4 Julai 2016

SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN




Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kepada semua Warga SMK Seri Titiwangsa (SSNKL).Moga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesederhanaan.Hati-hati di jalanraya.Bertemu lagi kita semula pada 11 Julai 2016.
PROGRAM GURU PENYAYANG
MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PELAJAR KE SEKOLAH.
SETIAP HARI DI DEPAN PINTU PAGAR SEKOLAH.

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menyahut seruan KPM iaitu dengan melaksanakan Program Guru Penyayang.Antara intipati Guru Penyayang adalah mengalu-alukan kedatangan pelajar, Lambaian Pulang, Mentor Mentee, Sambutan Hari Lahir untuk menzahirkan rasa kasih sayang guru terhadap pelajarnya.



HARI BICARA AKADEMIK SMK SERI TITIWANGSA KUALA LUMPUR 2016.
1 JULAI 2016

Hari Bicara Akademik telah dilaksanakan pada Jumaat , bersaman 1 Julai 2016 bertempat di kelas masing-masing.Pengisian Program Hari Bicara Akademik ialah Bacaan Yasin, Sesi Bermaafan antara Guru dan Pelajar dan Guru sesama guru,Program Aku Janji Pelajar Tingkatan 3 dan 5 , Motivasi Ringkas bersama Kaunselor, Amanat Pengetua,Simbolik Perasmian oleh Pengetua, Sesi penerangan daripaada Afterschool dan Ibubapa mengambil Buku Rekod Kemajuan anak di Tingkatan masing-masing.














MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL-QURAN SMK SERI TITIWANGSA 2016
29 JUN 2016

Pada 29 Jun 2016, Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa SMK Seri Titiwangsa telah diadakan di Dewan Asrama PKSC.Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Rashidah Tabassum binti Khalid, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPNWPKL.Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa dan khatam Al-Quran.Kemudian telah disusuli dengan ucapan perasmian Ketua Sektor, pemberian zakat kepada pelajar yang kurang berkemampuan , solat hajat, solat maghrib, isyak dan terawih secara berjemaah dan Moreh.Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK Khatam Al-Quran dan berbuka Puasa yang bertungkus lumus bagi menjayakan program ini.








IFTAR BERSAMA PIBG SMK SERI TITIWANGSA KUALA LUMPUR.
25 JUN 2016

Pada 25 Jun 2016, PIBG SMK Seri Titiwangsa telah mengadakan iftar Ramdhan bersama pelajar asrama.Tujuan majlis ini diadakan dalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama keluarga warga SMK Seri Titiwangsa.Tahniah dan syabas diucapkan.







SEMINAR SMART MSU MATAPELAJARAN SEJARAH SPM 2016
21 JUN 2016

Pada 21 Jun 2016, pelajar Tingkatan 5 SMK Seri Titiwangsa telah mnyertai Seminar SMART MSU Matapelajaran Sejarah di Dewan Mutiara , Kompleks Mutiara , Jalan Ipoh Kuala Lumpur.Moga pendedahan mengenai teknik menjawab subjek Sejarah SPM ini dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.




MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SMK SERI TITIWANGSA 2016
21 JUN 2016

Pada 21 Jun 2016, Panitia Sains dan Matematik telah melaksanakan Pameran Sains yang cukup mengujakan.Pelbagai ilmu sains dapat dipelajari dan secara tidak langsung dapat menaikkan semangat pelajar dalam mempelajari matapelajaran Sains.Moga program ini dapat diteruskan dengan idea-idea kreatif guru-guru sains dan matematik.Syabas dan tahniah diucapkan.