Khamis, 2 Mei 2013
KEMAS KINI ePROFIL DALAM SPLG
Semua guru dan dan staf sokongan diminta untuk mengemakini data peribadi dan memasukkan gambar cikgu di dalam sistem eProfil SPLG melalui http://apps.moe.gov.my/eprofil/ kerjasama cikgu2 amat dihargai. SU LDP.
Jumaat, 29 Mac 2013
Selamat Bercuti Kepada Semua Warga SS Seri Titiwangsa Kuala Lumpur
Diucapkan selamat bercuti kepada semua warga SS Seri Titiwangsa dan diucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar SPM 2012 yang memcapai keputusan yang cemerlang dan yang kurang cemerlang teruskan berusaha.
Rabu, 23 Januari 2013
Selasa, 1 Mei 2012
LIGA KPM: SSWPST KL V SMKGR PERAK
28 April 2012- Pasukan Liga KPM Bawah 14 tahun SSWP Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur telah berjaya mengalahkan pasukan SMK Gunung Rapat Perak dengan jaringan 1 - 0, Manakala pasukan Bawah 17 Tahun turut berjaya mengalahkan pasukan SMK Gunung Rapat Perak dengan jaringan 2 -1. Jadual Perlawanan : 05 Mei 2012 - SSWPST lawan SMK Syed Hassan.
Isnin, 30 April 2012
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012
27 April 2012- Sekolah Sukan Wilayah Persekutuan Seri Titiwangsa, Kuala
Lumpur telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2012
dengan jayanya. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Sri Zulhasnan bin
Rafique, Ahli Palimen Setiawangsa. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan
guru-guru yang telah berjaya menerima anugerah cemerlang ini dan
diharapkan dapat membakar semangat juang untuk berusaha dan seterusnya
berjaya menempah kejayaan demi kejayaan di masa-masa akan datang.
Selasa, 24 April 2012
MINGGU PENDIDIKAN KAUNSELING DAN KERJAYA
23 April 2012- Unit Bimbingan dan Kaunseling SSWP Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur telah melancarkan program Minggu Pendidikan Kaunseling Dan Kerjaya dari 23 - 26 April 2012. Minggu Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Encik Nik Anuay bin Abdullah. Di antara aktiviti yang akan dijalankan semasa Minggu Pendidikan Kaunseling Dan Kerjaya ini adalah seperti Kuiz Kerjaya, Cabutan Bertuah Minggu Kerjaya, Ceramah Kerjaya Bidang Kulinari dan Perhotelan, Bengkel Penulisan Resume dan Temuduga, Ceramah Kerjaya Bidang Kemahiran Automotif dan Pameran Pendidikan Kerjaya. Diharapkan progaram dan akitviti ini dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai peluang-peluang kerjaya selepas tamat alam persekolahan dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Di samping meningkatkan semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.- Admin
Ahad, 22 April 2012
LIGA KPM: SSWP SERI TITIWANGSA MENGALAHKAN SMK TABUAN JAYA
17 April 2012- SSWP Seri Titiwangsa telah mengalahkan SMK Tabuan Jaya Sarawak di dalam pusingan Liga KPM yang telah diadakan Mini Stadium Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur. Bagi pasukan Bawah 14 tahun SSWP Seri Titiwangsa telah mengalahkan SMK Tabuan Jaya Sarawak dengan jaringan 1 - 0 manakala pasukan Bawah 17 tahun dengan 5 - 0. Kejayan ini diharapkan dapat menyuntik semangat para permain bagi pusingan seterusnya. Pada 28 April 2012 nanti pasukan SSWP Seri Titiwangsa akan bertemu dengan SMK Gunung Rapat, Perak di Mini Stadium Permaaisuri Cheras, Kuala Lumpur.
Langgan:
Catatan (Atom)
