Selasa, 24 April 2012

MINGGU PENDIDIKAN KAUNSELING DAN KERJAYA

23 April 2012- Unit Bimbingan dan Kaunseling SSWP Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur telah melancarkan program Minggu Pendidikan Kaunseling Dan Kerjaya dari 23 - 26 April 2012. Minggu Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Encik Nik Anuay bin Abdullah. Di antara aktiviti  yang akan dijalankan semasa Minggu Pendidikan Kaunseling Dan Kerjaya ini adalah seperti Kuiz Kerjaya, Cabutan Bertuah Minggu Kerjaya, Ceramah Kerjaya Bidang Kulinari dan Perhotelan, Bengkel Penulisan Resume dan Temuduga, Ceramah Kerjaya Bidang Kemahiran Automotif dan Pameran Pendidikan Kerjaya. Diharapkan progaram dan akitviti ini dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai peluang-peluang kerjaya selepas tamat alam persekolahan dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Di samping meningkatkan semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.- Admin

Tiada ulasan: